
Memandangkan umur pun dah meningkat dan metabolism rate yg semakin rendah aku dah mula mengambil langkah berjaga-jaga. Antaranya da mula kurangkan pengambilan makanan yg berat2 waktu mlm. Waktu siang pulak kurangkan pengambilan makanan yg berminyak dan berlemak. Almaklum je la skarang ni perutku pulak dah mula nak naik. Ahhh tidakkk!!! Nightmare tu..huhu. Bukan semata-mata sbb nak jaga penampilan je tp utk kesihatan badan. Tak best rsa badan ni. berangin je. So by end of this month aku da mntakkan kakak aku set kan appointment utk pegi berurut. Nak buang angin. Serius rse badan ni berat huhu. Target utk dptkan body yg ok semula (at least perut da kempis) dlm mase 3 bulan.
1. Betulkan postur badan anda.
Ketika berdiri tegak, selarikan telinga, bahu, punggung, lutut dan tumit. Buka dada dan hela bahu ke belakang, bayangkan bahu anda seperti penyangkut baju. Perut kempis dengan merapatkan pusat dengan tulang belakang. Pastikan berat badan disokong rata oleh tumit dan keseluruhan tapak kaki.
2. Bersenam, tetapi jangan hanya fokus kepada bahagian tertentu (seperti perut). Pakar mengesyorkan Pilates kerana fokusnya meliputi perut, lengan, kaki, belakang, paha dan pinggul.
3. Lihat apa yang anda makan, bagaimana dengan penghadaman. Kurangkan makan dan banyakkan bergerak. Lebih kalori perlu bakar daripada yang diambil.
4. Kasut? Keahlian jim? Tak perlu.
Kuatkan perut anda semasa berjalan-jalan, atau semasa berdiri di keramaian... tarik nafas untuk merapatkan pusat dengan tulang belakang.
5. Jangan hanya hangat-hangat tahi ayam. Perlahan-lahan... tetapi istiqamah.
6. Tetapkan matlamat yang munasabah
Genetik juga mainkan peranan. Jika ibu bapa anda berbadan besar, hampir mustahil untuk anda mendapat badan seperti supermodel. Tapi setidak-tidaknya anda tidak tergolong dalam golongan 3G.
adaptasi dari : 6 tips for Flat Abs, webmd dot com
Sama-samalah kita mencuba..chayuk!
2 comments:
chaiyo ida!jaga kesihatan tu penting..kitekan muda lagi hehe
betu betul betul..;)
Post a Comment